fbpx

[VIDEO] Kepala budak nyaris digilis kerana dikejar anjing liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kejadian kanak-kanak hampir digilis kereta setelah terjatuh akibat di jalan raya ketika dikejar anjing berhampiran Kompleks Kastam Lumut di Jalan Hj. Mohd. Ali, Sitiawan, hari ini.

MANJUNG – Gara-gara melarikan diri daripada dikejar seekor anjing liar, seorang kanak-kanak nyaris digilis sebuah kenderaan berhampiran Kompleks Kastam Lumut di Sitiawan, di sini hari ini.

Menerusi rakaman video dari sebuah kenderaan, kanak-kanak tersebut dilihat melintas jalan raya dalam keadaan cemas sebelum bergesel dengan sebuah pacuan empat roda dan terjatuh di atas jalan.

Sebuah kenderaan dipercayai Proton Wira yang berada di belakang kenderaan pacuan empat roda itu kemudiannya dilihat mengelak daripada menggilis kepala kanak-kanak berkenaan yang berada di dalam keadaan terkejut.

Kanak-kanak itu dilihat bangun dan melarikan diri dari lokasi berkenaan, manakala pemandu Proton Wira tersebut dan seorang penunggang motosikal, turut memberhentikan kenderaan masing-masing untuk melihat kanak-kanak itu.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial, Muhamad Nazirul Ameen berkata, pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Memang ada anjing liar berhampiran kawasan itu dan pernah juga kanak-kanak lain dikejar, tetapi tak pernah jadi kejadian seperti hari ini. Harap sesuatu dapat dilakukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI