fbpx

Kenaikan tarif air di P. Pinang sebab lama tidak disemak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Kenaikan mendadak bil air yang membelenggu pengguna di Pulau Pinang didakwa berlaku disebabkan kadar tarif air di negeri ini sudah lama tidak semak semula iaitu sejak 1992.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sepatutnya kadar tarif air dikaji semula setiap tiga tahun, namun bagi Pulau Pinang ia tidak berlaku sedemikian.

“Bagi jalur satu, kita tak pernah naik sejak 1992, dan jalur dua tidak naik sejak 2015, sepatutnya boleh naik setiap tiga tahun.

“Kadang-kala Pulau Pinang tidak kuatkuasakan ataupun tidak diluluskan dan sebagainya (kenaikan tarif air). Kalau ikut kaedah ini (kaji semula tarif setiap tiga tahun), tidak akan naik seperti sekarang.

“Kenaikan mendadak (tarif air) disebabkan tarif sudah lama tidak naik, oleh kerana itu, kita nak tampung kenaikan tersebut,” katanya selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anak-anak yatim anjuran Kor Konsulat Kehormat Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai sidang akhbar yang diadakan oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang meminta Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk mengkaji semula tarif air yang didakwa semakin meningkat di negeri ini.

Sebelum ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu akan berkuat kuasa bermula 1 Februari ini.

Kadar tarif air sebelum ini ialah RM0.22 (jalur 1 : 0 – 20 meter padu), RM0.46 (jalur 2: 20 – 40 meter padu), RM0.68 ( jalur 3: 40 – 60 meter padu), RM1.17 ( jalur 4: 60 – 200 meter padu), RM1.30 (jalur 5 : melebihi 200 meter padu) dan surcaj penjimatan air RM0.48 untuk melebihi 35 meter padu. Bagi kadar tarif lama itu, caj minimum sebulan ialah RM2.50 atau RM5 setiap dua bulan.

Di bawah kadar baharu yang diselaraskan, surcaj penjimatan air telah dihapuskan di mana kadarnya ialah RM0.55 untuk jalur 1 (0 – 20 meter padu), RM1.10 untuk jalur 2 (20 – 35 meter padu) dan RM2 untuk jalur 3 (melebihi 35 meter padu).

Kon Yeow yang juga Pengerusi PBAPP berkata, kenaikan tarif air itu juga terletak kepada kelulusan yang telah diperoleh daripada SPAN.

“SPAN memang ada mekanisme, semua (tarif) diselaraskan di seluruh negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI