fbpx

Remaja maut motosikal bertembung Proton Wira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 77.4, Jalan Johor Bahru- Batu Pahat, berhampiran MRSM Pontian, semalam.

PONTIAN – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta Proton Wira dalam kejadian di Kilometer 77.4, Jalan Johor Bahru- Batu Pahat, berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib, berkata, kejadian pukul 9.45 pagi itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Khalis Irfan Mohd. Nor Razan, 19, parah bahagian badan dan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Pontian pada pukul 11.50 pagi.

Pemandu kereta Proton berusia 42 tahun pula parah pada bahagian kepala dan muka.

“Mengikut laporan awal, Muhammad Khalis Irfan yang menunggang motosikal SYM BX110 dalam perjalanan dari arah Batu Pahat-Pontian telah membelok secara tiba-tiba ke simpang kanan jalan.

“Pemandu kereta Proton Wira dikenali sebagai Adam yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak motosikal yang memasuki laluannya,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, pemandu kereta tersebut dikejarkan ke hospital sama sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Jelas beliau, punca kemalangan mendapati penungang motosikal ketika di lokasi kejadian telah membelok ke simpang jalan lalu masuk ke laluan kereta yang sedang bergerak lurus.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI