fbpx

Trafik lancar di semua lebuh raya utama pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik di semua lebuh raya utama dilaporkan masih lancar setakat pukul 11 pagi hari ini meskipun jumlah kenderaan dijangka bertambah sempena cuti sekolah dan Hari Pekerja.

PETALING JAYA – Aliran trafik di semua lebuh raya utama dilaporkan masih lancar setakat pukul 11 pagi hari ini meskipun jumlah kenderaan dijangka bertambah sempena cuti sekolah dan Hari Pekerja.

Menerusi Twitter Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), ia melibatkan keadaan trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Bagaimanapun, katanya, aliran trafik sedikit perlahan di Kilometer (KM) 432.5 dari Sungai Buaya ke Bukit Beruntung disebabkan kemalangan.

Dalam pada itu, kawasan-kawasan ‘hotspot’ yang dijangka sesak juga masih lancar antaranya di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Kuala Terengganu dan juga Terowong Menora.

Sehubungan itu, LLM menasihatkan para pemandu agar sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI