fbpx

La Liga: Barcelona kekal jarak kuasai persada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI turut mencetak nama sebagai penjaring ketika Barcelona meraih kemenangan ke atas Betis awal pagi semalam. – AFP

BARCELONA – Barcelona makin menghampiri kejuaraan La Liga selepas membelasah Real Betis 4-0, awal pagi semalam untuk memastikan jarak 11 mata berbanding pencabar terdekatnya, Real Madrid.

Walaupun Madrid turut me­raih tiga mata selepas me­ngatasi Almeria 4-2, Barcelona dilihat hanya menanti masa untuk dinobatkan selaku juara dengan saingan musim ini hanya berbaki enam perlawanan saja lagi.

Pengendali Barcelona, Xavi melihat kemenangan ini sebagai reaksi balas positif daripada anak buahnya selepas menerima kejutan tewas 1-2 kepada Rayo Vallecano.

“Kami perlu memberikan reaksi balas dengan memenangi perlawanan bagi menjarakkan diri. Ia begitu penting untuk menghadirkan lebih banyak keyakinan.

“Kami perlu memiliki sikap yang betul dan jika mahu memenangi saingan liga, kami perlu kekal seperti ini setiap perlawanan,” kata penjaring gol ketiga, Raphinha.

Pada perlawanan semalam, kesemua gol Barcelona terhasil menerusi Andreas Christensen, Robert Lewandowski, Raphinha dan jaringan sendiri Guido Rodriguez.

Dalam perlawanan semalam juga, Xavi menurunkan Lamine Yamal dan produk daripada akademi La Masia itu muncul sebagai pemain termuda Barcelona yang bermain di La Liga pada usia 15 tahun 290 hari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI