fbpx

Ular sawa ‘singgah’ untuk makan kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memperlihatkan Angkatan Pertahanan Awam (APM) sedang menangkap ular sawa itu.

PETALING JAYA- Seorang wanita terkejut selepas mendapati seekor ular sawa berada di depan sangkar kucing peliharaannya yang diletakkan di luar rumah baru-baru ini.

Menurut pemilik akaun TikTok @zefa.love, dalam kejadian pada waktu malam itu, dia tergerak hati untuk menjengok ke luar tingkap dan mendapati reptilia itu sudah berada di situ.

“Malam itu, Allah gerakkan hati menjengok keluar tingkap sebelum tidur. Allahu! Ular sawa depan sangkar dah,” katanya.

Melihat kejadian itu, ibu kepada pemilik terus mengarah anaknya menghubungi pihak yang bertanggungjawab.

“Ibu menjerit macam orang gila minta anak-anak telefon bomba.

“Waktu itu tidak pasti anak-anak hubungi siapa, 30 minit kemudian Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sampai,” katanya.

Pemilik turut meluahkan rasa lega kerana kesemua kucing peliharaannya selamat.

“Masa itu 3 ekor kucing dalam rumah, 4 ekor dalam sangkar. Syukur alhamdulillah, semua anak-anak bulu ibu selamat,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai memuji tindakan pantas pemilik dan pihak APM dalam menangani situasi ini.

“Terbaiklah pemilik dan pihak APM bertindak dengan pantas, jadi selepas ini sebelum tidur, tengok-tengok lah si bulus kita yang kat luar rumah,” komen Jamal. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI