fbpx

Mahkamah: Buruh binaan didakwa rogol penjawat awam, ceroboh rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hassan (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak atas pertuduhan merogol dan menceroboh rumah seorang penjawat awam di sebuah kuarters kerajaan di Fair Park minggu lalu.

IPOH – Seorang buruh binaan didakwa di Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol seorang penjawat awam dan menceroboh rumah mangsa di sebuah kuarters kerajaan di Fair Park, minggu lalu.

Tertuduh, Hassan Ahmad, 43, mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa telah merogol seorang wanita berusia 38 tahun dan meletakkannya pada ketakutan kematian di sebuah rumah di tingkat dua di perumahan penjawat awam di Jalan Kamarudin Isa, Fair Park di Ipoh antara pukul 10 malam pada 17 April 2023 hingga 1.47 pagi 18 April 2023.

Pendakwaan terhadap lelaki terbabit dikemukakan mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan dan bagi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan iaitu merogol mangsa sama di lokasi serupa antara pukul 5.30 hingga 6.30 pagi pada 18 April 2023.

Bagi kesalahan menceroboh, tertuduh yang juga seorang duda dan memiliki seorang anak perempuan itu didakwa menceroboh masuk dengan niat melakukan perbuatan menyalahi undang-undang di rumah mangsa pada pukul 10 malam, 17 April 2023 hingga 9 pagi, 18 April 2023.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI