fbpx

Kucing kayangan miliki ‘banglo’ sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rumah kucing mewah yang dimuat naik di media sosial.

PETALING JAYA – Reka bentuk rumah kucing seperti banglo mewah mencuri tumpuan orang ramai selepas tular di laman media sosial.

Menerusi perkongsian Reen Zul Rich, reka bentuk rumah berwarna putih dan kelabu serta dilengkapi ‘water fountain’ (pancuran air) itu tidak disangka, merupakan rumah yang dibina khas buat kucing tersayang.

Bukan itu sahaja, kesemua kucing miliknya kelihatan selesa sambil bersantai di rumah mereka ketika didatangi beberapa individu lain.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai teruja dengan saiz rumah kucing berkenaan yang sangat besar kerana dilihat seperti rumah permainan untuk kanak-kanak.

“Kucing pun dah ada rumah. Saya yang kerja siang malam ni pun masih lagi tak dapat nak beli rumah,” seloroh Zeyka Zahira.

“Kucing duduk rumah banglo. Aku hanya mampu duduk rumah teres sahaja. Tak apalah, rezeki masing-masing.

“Kaya betul majikan (kucing) sekarang, bukan biasa-biasa. Berpeluh bibik nak sediakan macam-macam. Belum lagi mengemas banglo majikan,” komen Jayla.

Video tersebut menjadi tular di media sosial dengan tontonan sebanyak 4.1 juta, 501,900 ribu tanda suka dan 75,500 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI