fbpx

Trafik sesak di Plaza Tol Gombak menghala ibu kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik sesak di Plaza Tol Gombak menghala ke arah ibu negara berikutan warga kota mula pulang ke destinasi masing-masing.

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan sesak di Plaza Tol Gombak menghala ke arah ibu negara berikutan warga kota mula pulang ke destinasi masing-masing selepas cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, laluan tersebut mengamali kesesakan setakat pukul 1.36 tengah hari tadi.

“Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) mengalami trafik perlahan sebelum keluar Plaza Tol Gombak arah Kuala Lumpur.

“Turut sesak dari Lentang ke Bukit Tinggi arah Kuala Lumpur,” katanya dalam hantaran tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI