fbpx

71 syarat tambak laut selari Akta Alam Sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lakaran grafik projek PSI di Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Kesemua 71 syarat yang ditetapkan untuk kelulusan Laporan Kajian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi projek tambakan laut atau kini dikenali sebagai Penang South Island (PSI) adalah selari dengan Akta Alam Sekitar sedia ada di negara ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kesemua 71 syarat yang dikenakan itu perlu dipatuhi oleh kerajaan negeri serta rakan pengendali projek PSI bagi memastikan projek itu dapat dilaksanakan.

“Antara syarat tersebut ialah pematuhan kepada Akta Alam Sekitar dari segi kerja-kerja pengorekan dan penambakan, kawalan pencemaran udara, air dan bunyi, pelan tindak balas kecemasan di tapak projek dan di luar tapak serta penyediaan pelan pengurusan alam sekitar (EMP) dan lain-lain.

“Tiada apa yang perlu didedahkan lagi kerana saya sudah dedahkan semuanya,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Ketua Menteri, di sini hari ini.

Semalam, Kon Yeow mengumumkan projek PSI itu telah memperoleh kelulusan Laporan Kajian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Bagaimanapun, projek PSI itu mendapat bantahan daripada Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (PenMutiara), Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan komuniti nelayan setempat yang mendakwa projek itu mengganggu hidupan marin di kawasan tersebut.

Sebagai respon kepada kelulusan EIA itu PenMutiara akan mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan JAS manakala SAM menggesa kerajaan negeri mendedahkan 71 syarat-syarat yang dikenakan oleh JAS.

Menurut Kon Yeow, kerajaan negeri dan rakan pengendali projek PSI juga perlu bersedia untuk mematuhi sebarang syarat tambahan yang dikenakan oleh JAS berhubung projek PSI itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI