fbpx

Pesawat teruskan penerbangan selepas enjin terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa rakaman insiden yang dikongsikan di media sosial menunjukkan percikan api muncul sebanyak dua kali pada bahagian enjin pesawat Boeing 737-800. – Tangkap layar Twitter

KATHMANDU – Enjin sebuah pesawat membawa 167 penumpang terbakar sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Kathmandu di  Nepal kerana pelanggaran dengan seekor burung, lapor portal berita MailOnline semalam.

Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan  Awam Nepal, Jagannath Niroula berkata, enjin pesawat syarikat penerbangan Flydubai yang dalam perjalanan ke Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) itu terbakar ketika baru berlepas, namun api berjaya dikawal.

Beberapa rakaman insiden yang dikongsikan di media sosial menunjukkan percikan api muncul sebanyak dua kali pada bahagian enjin pesawat Boeing 737-800 tersebut. 

Pada awalnya, juruterbang difahamkan cuba berpatah balik ke Lapangan Terbang Kathmandu di mana jentera bomba sedang bersiap sedia.

Namun, Flydubai mengesahkan bahawa penerbangan FZ576 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai sejurus selepas tengah malam (waktu tempatan) meskipun enjinnya terbakar pada awalnya.

“Penerbangan Flydubai FZ576 pada 24 April 2023 dari Lapangan Terbang Kathmandu telah mendarat dengan selamat di Lapangan  Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada pukul 12.11 tengah malam (waktu tempatan) selepas dilanggar oleh burung ketika berlepas.

“Juruterbang kami yang berpengalaman mengikuti prosedur operasi standard dan meneruskan perjalanan ke Dubai selepas mendapati enjin pesawat berada pada parameter operasi normal,” kata jurucakap Flydubai. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI