fbpx

La Liga: Barcelona kukuhkan penguasaan di persada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TORRES meledak gol tunggal perlawanan ketika Barcelona berjaya menewaskan Atletico pada aksi kelmarin. – AFP

BARCELONA – Gol tunggal ja­ringan Ferran Torres mengha­dirkan kelegaan buat Xavi ketika menghasilkan jaringan tunggal untuk memastikan kemenangan 1-0 Barcelona ke atas Atletico Mad­rid kelmarin.

Xavi menyifatkan keputusan itu hadir tepat pada masanya selepas dipalit kekecewaan dengan dua keputusan seri tanpa jari­ngan dengan Girona dan Getafe pada aksi sebelum ini sekaligus mengukuhkan kedudukan di puncak La Liga.

Walaupun hampir untuk mengesahkan kejuaraan, Xavi menjelaskan Barcelona tidak boleh berpesta terlalu awal kera­na masih banyak kerja yang perlu dilakukan bagi harungi baki lapan perlawanan selepas ini.

“Walaupun kemenangan ini sesuatu yang mengujakan, sebenarnya kami tidak melakukan apa-apa. Kami belum merasakan kami sudah muncul juara, tetapi jika ada pemain mula meraikannya, sudah pasti kami akan beri ingatan yang tugasan musim ini belum lagi selesai.

“Jika kami tewas, jurang mata akan jadi lapan mata (berban­ding Real Madrid), sebab itu ia cukup penting untuk kami kekal dapatkan kemenangan. Kejayaan ini juga bermakna selepas kami catatkan dua keputusan seri,” katanya.

Selepas mengharungi 30 per­lawanan, Barcelona kini mengumpul 76 mata diikuti Real Mad­rid dengan 65 mata.

Bagaimanapun, Xavi meng­akui bahawa pasukannya memiliki banyak peluang terbaik untuk menambah jumlah jaringan pada aksi berkenaan, namun digagalkan oleh sentuhan penyudah yang tumpul.

“Saya dapat rasakan kami mempersiakan banyak pe­luang untuk menjadikan kedudukan 2-0. Robert Lewandowski, Raphinha dan Gavi antara yang terlepas peluang untuk menja­ringkan gol. Kami sebenarnya lebih layak untuk menang dengan lebih daripada satu gol,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI