fbpx

Habis raya, perantau mula keluar dari Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik perlahan memasuki jalan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis di Gua Musang hari ini. -Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Keadaan trafik menghala keluar dari Kelantan mula sibuk sejak semalam apabila perantau mula bergerak pulang ke ibu kota selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

Tinjauan Kosmo! di laluan Gua Musang-Kuala Krai dan Gua Musang-Kuala Lipis yang menghala ke ibu kota di sini mendapati jalan tersebut sesak dengan kenderaan.

Seorang pengguna jalan raya, Firdaus Iman, 35, berkata, kenderaan bertambah menuju ke Gua Musang, namun trafik masih lancar.

Katanya, rata-rata mereka mahu pulang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kerja mereka selepas pulang ke kampung halaman untuk bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Saya bertolak dari Kota Bharu kira-kira pukul 6.30 pagi tadi dan tiba di bandar Gua Musang pada pukul 10 pagi.

“Saya sempat berhenti berehat di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Rantau Manis di sini dan kawasan itu penuh dengan kenderaan perantau,” katanya.

Seorang lagi pengguna jalan raya, Mohd. Nazrul Aliman, 40, berkata, kenderaan dilihat semakin bertambah menuju keluar Kelantan, tetapi aliran trafik masih lagi lancar terutamanya di laluan Kuala Krai dan Gua Musang.

Katanya, mereka sekeluarga merancang perjalanan pulang hari ini kerana esok mereka sudah bekerja.

“Kami yakin bilangan kenderaan dijangka semakin bertambah keluar dari negeri ini kerana cuti hari raya sudah habis,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI