fbpx

450,000 kereta terpakai dijangka terjual tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUALAN kereta terpakai akan meningkat sekiranya pasaran kereta baharu menurun. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Persekutuan Persa­tuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia meramalkan jualan kereta terpakai tahun ini bernilai kira-kira RM18 bilion.

Presidennya, Datuk Tony Khor Chong Boon berkata, jangkaan itu berdasarkan peningkatan jualan kereta terpakai kepada 450,000 buah bagi tahun 2023.

“2022 adalah tahun cemerlang bagi industri kereta terpakai terutama apabila jualan kereta baharu mencecah 720,658 unit.

“Apabila ramai beli kereta baharu, lebih banyak trade in berlaku, sekali gus memacu jualan kereta terpakai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Pada pandangan berbeza, Chong Boon berkata, jualan kereta terpakai tahun ini masih dijang­ka meningkat jika pasaran kereta baharu menurun.

Katanya, keadaan itu dise­babkan orang ramai mengambil pendekatan berhati-hati dan mungkin memilih kereta lebih murah termasuk kereta terpakai.

Katanya, peningkatan jualan kereta terpakai turut disokong oleh platform dalam talian yang memudahkan urusan jual beli kereta terpakai.

Jelas beliau, anggaran nilai jualan kereta terpakai pada tahun 2023 kira-kira RM18 bilion itu berdasarkan harga sebuah kereta terpakai sekitar RM40,000.

Pada Mac lalu, Persatuan Auto­motif Malaysia (MAA) me­laporkan jualan kenderaan me­ningkat kepada 62,649 unit pada Februari lalu berbanding 45,062 unit bulan sama tahun lalu.

Seorang jurujual kereta baharu dan kereta terpakai yang ha­nya mahu dikenali sebagai Saiful, 40, mengakui permintaan kereta terpakai ketika ini adalah tinggi.

Ujarnya, keadaan itu antara­nya disebabkan tempoh menung­gu agak lama untuk mendapat kereta baharu atau orang ramai mahu berjimat.

“Mereka beli kereta terpakai yang masih elok pada berban­ding kereta baharu jenama sama. Mungkin itu cara untuk mereka kurangkan perbelanjaan.

“Sebenarnya sukar untuk mengenal pasti punca pasaran, tetapi itu andaian mudah yang dapat dibaca ketika ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI