fbpx

[VIDEO] 47 mat rempit ditahan buat kecoh di Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video mat rempit menolak motosikal masing-masing ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Batu Pahat, semalam.

BATU PAHAT – Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya diraikan dengan amalan mengunjungi sanak-saudara, namun berbeza dengan apa yang dilakukan segelintir anak muda di bandar ini.

Akibat kelakuan dengan aktiviti rempit di Dataran Penggaram semalam, seramai 47 anak muda ditahan serta terpaksa menolak motosikal masing-masing sejauh kira-kira 200 meter ke Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, Op Selamat ke-20 yang bermula dari pukul 5 hingga 7 petang itu telah mengepung kawasan dataran tersebut bagi memastikan semua samseng jalanan itu tidak dapat melarikan diri.

“Operasi selama dua jam itu melibatkan 12 anggota dan pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Batu Pahat.

“Semuanya ditahan berikutan adanya aduan awam menyatakan puluhan remaja sedang berkumpul dan membuat bising mengunakan motosikal di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Menurut Ismail lagi, pihak polis mengepung kawasan itu dan menahan 47 penunggang motosikal yang berumur antara 15 hingga 30 tahun.

Ismail memberitahu, sebanyak 79 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 10 buah motosikal disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana tiada lesen menunggang serta mengubah suai ekzos.

“Dalam operasi ini polis juga menangkap tiga remaja dalam konvoi berkenaan yang melakukan pembakaran suar asap yang boleh mendatangkan bahaya serta mengganggu ketenteraman awam dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Ujarnya lagi, seorang lagi ditangkap di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 kerana menunggang motosikal dengan melakukan aksi-aksi yang boleh mendatang bahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Kesalahan Kecil/Seksyen 8 Akta Bahan Letupan.

“Pihak Polis menasihatkan kepada ibu bapa supaya memantau anak masing-masing bagi mengelakkan mereka terlibat dengan aktiviti tidak sihat dengan melanggar peraturan dan undang-undang yang sedia ada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI