fbpx

Dua suspek ditahan SPRM bukan staf Wisma Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pegawai terbabit yang ditahan SPRM pernah bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh.

PUTRAJAYA – Kementerian Luar menafikan dua pegawai di Bangladesh yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan petugas Wisma Putra, semalam.

Sebaliknya, menerusi kenyataan, ia menjelaskan bahawa mereka yang direman di sini, Selasa lalu merupakan pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen (JIM).

“Kedua-duanya itu pula hanya ditempatkan sementara untuk bertugas di Pejabat Atase Imigresen di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di ibu kota Dhaka,” jelas Wisma Putra lagi.

Pihak kementerian merujuk laporan agensi berita rasmi Bernama dan beberapa media tempatan (bukan di bawah Media Mulia Sdn. Bhd.) mengenai tindakan SPRM tersebut.

Ia memetik sumber agensi berkenaan namun merujuk lokasi canseri sebagai Kedutaan Malaysia di Bangladesh walhal negara tersebut merupakan ahli Pertubuhan Komanwel.

Kekeliruan laporan media terbabit mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet kerana Malaysia hanya ada Suruhanjaya Tinggi di Dhaka sebagai misi diplomatiknya.

Malahan, urusan pengeluaran visa di pejabat perwakilan rasmi Malaysia tidak pernah dikeluarkan oleh Kementerian Luar tetapi proses itu dilakukan pihak imigresen sendiri.

Dua suspek itu ditahan kerana disyaki menerima wang rasuah bagi proses pengeluaran visa luar negara serta kemasukan para pelancong dan pekerja Bangladesh ke Malaysia.

SPRM berjaya mengesan transaksi masuk melibatkan lebih 20 akaun bank individu dan syarikat yang amat mencurigakan dimiliki oleh kedua-dua pegawai imigresen berkenaan.

Sehubungan itu, mereka berdua diarahkan pulang ke negara ini dan ditahan ketika hadir memberi keterangan untuk membantu penyiasatan di ibu pejabat SPRM di sini Selasa.

Setakat semalam, agensi tersebut mengambil tindakan pembekuan akaun dan penyitaan harta yang turut membabitkan lapan bidang tanah dianggarkan berjumlah RM3.1 juta.

Kes berkenaan telah pun disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI