fbpx

Ramai pekerja muda maut jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
John (dua kiri) menyaksikan simbolik perasmian yang disempurnakan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. FOTO: ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Golongan individu berusia 35 tahun adalah kumpulan pekerja paling ramai maut dalam nahas jalan raya di negara ini.

Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, ini menyumbang kepada 45 peratus dengan golongan itu merupakan sumber tenaga kerja yang produktif dan penyumbang utama kepada ekonomi keluarga dan juga negara.

Katanya, berdasarkan statistik Perkeso menunjukkan sebanyak 32,976 kes kemalangan perjalanan melibatkan pencarum Perkeso.

“Daripada jumlah itu didapati 651 kes adalah kemalangan maut sepanjang tahun lalu.

“Ini bermakna, secara puratanya, pada setiap hari berlaku dua pekerja maut berpunca daripada kemalangan semasa perjalanan atau berulang alik dari atau ke tempat kerja,” katanya ketika berucap hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Perkeso, John Riba Marin pada majilis kempen keselamatan jalan raya sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun 2023 peringkat kontinjen Selangor kerjasama Perkeso dan Polis Kontinjen Selangor.

Mengulas lanjut, Mohammed Azman berkata, terdapat 171 kes kemalangan maut direkodkan daripada 7,136 kemalangan jalan raya melibatkan pekerja yang dilindungi Perkeso di Selangor pada tahun lalu.

“Penyumbang tertinggi bagi pekerja di Selangor adalah daripada sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI