fbpx

‘Prank’ isteri saja, tak tahu rakaman ditularkan – Adam Lee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAM Lee menjelaskan video pergaduhan di kedai permaidani Dazreen hanya 'prank' bagi mengenakan isterinya, Sweet.

PETALING JAYA – Tiada kaitan dengan strategi pemasaran produk atau sebarang publisiti, pelakon Adam Lee tampil menjernihkan suasana berhubung pergaduhan di sebuah kedai permaidani yang tular beberapa hari lalu.

Pelakon Budak Tebing itu menjelaskan, pergaduhan tersebut sekadar bertujuan untuk mengenakan atau ‘prank’ kepada isterinya, Sweet Qismina.

Bagaimanapun, menurut Adam, klip rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) premis berkenaan yang dikongsikan tanpa persetujuan mahu pun pengetahuannya telah telah mencetuskan pelbagai tanggapan negatif terhadap mereka.

“Saya ditugaskan untuk ‘prank’ isteri saya dalam sebuah program, tiada pun kami setuju untuk dikeluarkan sebagai ‘marketing purpose’.

“Kami sendiri terkejut dengan apa yang dah terjadi, minta maaf jika perkara itu telah menjadi satu perbualan hingga ada yang membuat andaian sendiri secara negatif.

“Video itu pula dikeluarkan selepas penggambaran, jadi kami tak tahu langsung tentang apa yang terjadi.

“Kami berharap tiada lagi spekulasi berkenaan video prank berkenaan. Yang mana boleh padam atau betulkan balik kenyataan, tolong buat,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Menerusi perkongsian lain, isterinya Adam, Sweet Qismina turut menzahirkan permohonan maaf kepada semua pihak termasuk media apabila mengunci mulut sebaik video tersebut tular.

Ulas aktres berusia 25 tahun itu, tindakannya tidak menjawab panggilan telefon mahu pun membalas mesej dibuat kerana bimbang tersilap memberikan jawapan.

“Maaf kepada media yang hubungi saya. Bukan tak nak jawab persoalan, takut pelbagai jawapan dikeluarkan nanti. Ini kenyataan kami.” katanya.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai pergaduhan yang dipercayai antara Adam bersama seorang individu di premis perniagaan milik aktor, Dazrin Kamarudin.

Dalam video tersebut kelihatan pemilik nama lengkap Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee itu menolak lelaki dimaksudkan hingga jatuh terlentang sebelum ditenangkan Dazrin dan Sweet.

Begitupun, sebelum itu Dazrin yang berkongsi klip video di premisnya menegaskan pertelagahan tersebut bukan gimik atau cubaan mempromosikan kedainya.

Tidak menunggu lama, rata-rata netizen menyifatkan adegan pergaduhan tersebut menyamai ‘drama’ pasu pecah antara Datuk Seri Aliff Syukri dan pelakon Yana Samsudin.

“Lepas tu ‘cut’. Sama perangai dengan Aliff Syukri,” luah seorang netizen.

“Marketing ke ni? Tadi tengok Yana Samsudin dan Aliff Syukri bergaduh siap nak tunjuk CCTV footage,” kata pengguna akaun lain.

“Malaysia kan terkenal dengan drama sangat. Ini salah satunya,” luah pengguna media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI