fbpx

Nazir Razak bersara daripada Bank Pembangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazir Razak

PETALING JAYA – Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Tan Sri Nazir Razak akan bersara ekoran perkhidmatannya selama dua tahun di bank tersebut tamat pada 22 April ini.

Nazir merakamkan ucapan terima kasihnya kepada kerajaan kerana diberi peluang untuk berkhidmat di bank tersebut selama dua tahun.

“Dalam tempoh ini, kami berjaya menyelesaikan penggabungan dengan Danajamin, memperkukuhkan pasukan pengurusan kami, memperbaiki operasi dan keseluruhan tadbir urus, yang mana hasilnya kini kumpulan BPMB yang lebih kukuh dan bersepadu. 

“Kami juga telah melancarkan Agenda 2025 (rancangan transformasi 3 tahun kami) dan juga rangka kerja MIND (Measuring Impact on National Development), suatu kaedah objektif untuk menilai pinjaman dan pelaburan kami,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

 Nazir yang sebelum ini merupakan ketua pegawai eksekutif dan kemudiannya pengerusi CIMB Group, menyertai BPMB pada tahun 2021 dengan matlamat untuk menyelia penggabungan yang dirancang antara institusi kewangan pembangunan (DFI) Malaysia. 

Fasa I, iaitu penggabungan antara Danajamin Berhad dan BPMB telah diselesaikan pada tahun 2023 dan fasa II pula adalah penggabungan dengan SME Bank serta EXIM Bank masih menjadi sebahagian daripada perancangan konsolidasi DFI, seperti yang diumumkan dalam Bajet 2020.

 “Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada lembaga pengarah, pengurusan dan kakitangan BPMB untuk masa depan. 

“BPMB mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan mempunyai potensi untuk memberi impak yang lebih besar atas pembangunan negara. 

“Selepas ini, masa saya akan tertumpu kepada pelaburan ekuiti swasta ASEAN yang saya usahakan dan juga peranan baharu saya sebagai pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan (Business Advisory Council) ASEAN Malaysia,” jelas beliau. -KOSMO!ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI