fbpx

APAD luluskan 256 bas tambahan sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyantuni orang ramai yang ingin pulang ke kampung di TBS, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) meluluskan sebanyak 256 bas tambahan melalui permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) Perayaan bagi menampung permintaan tiket untuk balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, jumlah tersebut meningkat berbanding tahun 2022 di mana sebanyak 98 bas tambahan telah diluluskan oleh APAD.

“Ini menunjukkan terdapat peningkatan permintaan dari pengguna sekali gus mencerminkan tanda-tanda pemulihan ekonomi negara khususnya dalam sektor pengangkutan awam selepas negara beralih kepada fasa peralihan endemik pada 1 April 2022.

“Kementerian melalui APAD kekal dengan faktor keselamatan menjadi dasar keutamaan Kementerian Pengangkutan,” katanya ketika sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja di Terminal Bandar Selatan (TBS) di sini hari ini.

Anthony berkata, ini terbukti melalui komitmen dalam memastikan bas-bas tambahan yang diluluskan akan disaring bagi mematuhi semua kriteria-kriteria permohonan seperti yang telah diluluskan pemeriksaan keselamatan kenderaan PUSPAKOM, pemasangan GPS dan perlu sentiasa berfungsi bagi memantau pergerakan serta merekod kelajuan kenderaan.

“Permohonan bagi Lesen Perubahan Sementara (LPS) telah dibuka kepada pengendali bermula 27 Mac sehingga 14 April 2023.

“Tempoh sah laku LPS berkenaan bermula dari 20 April sehingga 30 April 2023,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI