Padah ugut tumbuk hingga pecah muka, lelaki didenda RM5,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AYER KEROH – Seorang lelaki didenda RM5,500 atas dua pertuduhan mengugut dan mencederakan seorang lelaki di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shamsuri Mohd Norman, 52, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh melakukan ugutan jenayah terhadap Muhamad Hassan Zaid Ramli, 52, dengan berkata, ‘Kalau kau buat lagi, aku pukul kau, aku tak peduli siapa kau, aku boleh tumbuk pecah muka kau’.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 3.30 petang di kawasan tepi laut, Pulau Besar, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa sengaja mencederakan mangsa di lokasi dan waktu sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh menemui mangsa di kedai makan sebelum membawanya ke tepi laut sebelum memegang kolar baju dan leher mangsa serta menolak muka lelaki itu beberapa kali.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Alia Safri memohon hukuman berat, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu denda minimum kerana tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap, selain perlu menjaga ibu bapanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN