fbpx

Usah panik, peningkatan kes Covid-19 masih terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha menyampaikan ucapan pada Sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan Zon Tengah di Hotel Zecon hari ini.

KUALA LUMPUR – Orang ramai tidak perlu panik berikutan peningkatan kes Covid-19 sejak beberapa minggu lalu.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, jumlah peningkatan kes Covid-19 di negara ini masih terkawal.

“Beberapa minggu terakhir ini memang ada peningkatan sedikit jumlah kes Covid-19, tetapi ia masih terkawal dan kes kematian adalah rendah.

“Kita dapati kes kematian yang berumur 60 tahun ke atas dan ada penyakit lain.

“Penularan walaupun agak cepat, tetapi masih terkawal dan simptom tidak teruk,” katanya pada sidang akhbar Sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan Zon Tengah di Hotel Zecon di sini hari ini.

Zaliha berkata, orang ramai namun tetap digalakkan memakai pelitup muka di tempat ramai khususnya jika bergejala termasuk pada sambutan hari raya Aidilfitri.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai memulangkan ubat-ubatan yang tidak habis dimakan kepada fasiliti kesihatan bagi mengelakkan pencemaran.

Menurut beliau, kerajaan membelanjakan kira-kira RM3 juta setahun untuk melupuskan ubat-ubatan tamat tempoh dengan kaedah yang betul.

“Sistem kesihatan kita sistem kesihatan yang sangat rahmah. Orang (beli makan) RM5 rahmah, tapi kita RM1 dapat sehingga sebulan bekalan ubat.

“Ada keadaan lebihan ubat tidak diguna dibuang secara sesuka hati dalam tong sampah atau dalam lubang tandas.

“Ubat-ubatan ini jika masuk ke dalam sumber air boleh menyebabkan sumber air kita mengalami pencemaran,” katanya.

Menjawab soalan pemberita, Zaliha berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) membuat keputusan meneruskan konsensi dengan Pharmaniaga Bhd. walaupun berstatus PN17.

“Pharmaniaga bukan ‘direct’ bawah kita, tetapi sebab sistem yang telah kita pakai lama dalam pasaran industri memang kita sangat perlukan mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI