fbpx

Mahkamah: Madu Miera Leyana tak setuju cerai, mahkamah arah lantik Jawatankuasa Pendamai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adibah (dua dari kanan) ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah hari ini

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rendah Syariah di sini mengarahkan supaya suami pelakon Miera Leyana, Rosland Othman dan isteri pertamanya Adibah Abdul Mutalib melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Perkara itu dimaklumkan peguam syarie Datuk Khairul Anwar Rahmat yang mewakili Adibah selepas pergurusan kes itu dihadapan Penolong Pendaftar Seri Ariful Asyikin Mohamad Yusuf.

Menurut peguam syarie itu, mahkamah mengarahkan JKP, selepas Adibah, 50, selaku defendan tidak bersetuju dengan tindakan suaminya untuk bercerai.

“Anak guam kami berpendapat bahawa ikatan perkahwinan selama 28 tahun ini masih perlu dipertahankan dan perkahwinan tidak sewenang-wenangnya dibubarkan.

“Tapi Alhamdulilah mahkamah telah menerima hujah kami (bantah cerai) dan pihak-pihak perlu melantik JKP supaya hakim syarie sendiri dapat menentukan letak duduknya kes ini,” kata peguam syarie itu.

Sementara itu, seorang lagi peguam syarie Mohd. Junid Ramli yang mewakili Adibah berkata pada plaintif mahu meneruskan lafaz cerai hari ini namun tetap dibantah anak guamnya.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 3 Mei ini untuk pihak-pihak memaklumkan kepada mahkamah wakil JKP masing-masing.

Dalam prosiding hari ini, Rosland, 50, turut hadir ke mahkamah dengan ditemani wakil peguam syarienya. Rosland selaku plaintif memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Untuk info dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit akan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Sebelum ini media melaporkan
Adibah mahu terus mempertahankan rumah tangga bersama suaminya meskipun perkahwinan dilanda badai sejak dua tahun lalu.

Wanita itu mengaku masih sayangkan rumah tangga yang dibina sejak 28 tahun lalu, meskipun suaminya berpoligami selepas berkahwin dengan Miera Leyana pada Julai 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI