fbpx

Lelaki Orang Asli maut jatuh pokok Tualang ketika ambil madu lebah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT mangsa yang maut ketika mengambil madu lebah tualang di Kampung Tual dekat Pos Sinderut di Lipis semalam.

LIPIS – Seorang lelaki keturunan Orang Asli maut selepas terjatuh dari sebatang pokok Tualang ketika mencari madu lebah di sebuah hutan berdekatan Kampung Tual, Pos Sinderut, di sini semalam.

Bapa mentua mangsa, Yok Ek Cantan, 64, berkata, mangsa Sahrin Yok Sekop,37, keluar dari rumah pada pukul 7 pagi dengan menaiki motosikal bersama iparnya untuk mencari madu tualang.

“Menantu saya (mangsa) telah memanjat pokok Tualang setinggi kira-kira 30 meter untuk mendapatkan madu lebah yang menjadi mata pencariannya sebelum ini selain bekerja kampung.

“Saya tidak menyangka ketika mencari madu lebah kali ini dia boleh jatuh daripada pokok. Menantu saya meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak yang masih kecil ” katanya di sini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Nor berkata, anggota yang bertugas di Balai Polis Sungai Koyan menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 1.30 tengah hari semalam.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan pihaknya sedang melakukan siasatan ke atas kes tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI