fbpx

UK, Ireland bergabung bida Euro 2028

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STADIUM Tottenham Hotspur turut berada dalam senarai venue yang akan dijadikan venue Kejohanan Euro 2028 sekiranya UK dan Ireland dipilih sebagai tuan rumah. – AFP

LONDON – United Kingdom dan Ireland telah membuat tawaran rasmi untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Euro 2028 de­ngan stadium Everton, Tottenham Hotspur dan Newcastle United antara cadangan dikemukakan.

Bagaimanapun, stadium ke­dua terbesar di England iaitu ‘rumah’ Manchester United, Old Trafford digugurkan daripada 10 cadangan stadium untuk digunakan pada kejohanan berprestij Eropah itu.

10 stadium yang disenaraikan ialah Wembley, Tottenham Hotspur, Etihad, St. James Park, Villa Park, Hampden Park, Principa­lity, Aviva dan dua stadium ba­haru yang bakal dibina selepas ini.

Dua stadium baharu itu ialah Bramley Moore Dock di Everton dan Casement Park di Belfast, Ireland bagi menggantikan laman rasmi Ireland Utara, Windsor Park kerana tidak memenuhi kriteria Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

“Ini menunjukkan komitmen untuk menganjurkan kejohanan yang bakal memecahkan rekod dengan lebih banyak tiket disedia­kan berbanding edisi-edisi sebelum ini,” menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak (FA) England.

Sebagai rekod, England baru dua kali menjadi tuan rumah kejohanan berprestij antarabangsa iaitu Piala Dunia 1966 yang me­nyaksikan mereka muncul juara dan Euro 1996 yang berakhir di peringkat separuh akhir.

UK dan Ireland berdepan sai­ngan daripada Turkiye yang turut mengemukakan tawaran rasmi menjadi hos Euro 2028, manakala Itali memilih untuk menjadi tuan rumah bagi edisi 2032. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI