fbpx

Pelukis pelan maut, motor terbabas langgar pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa berusia 27 tahun maut di tempat kejadian setelah motosikalnya terbabas sebelum terlanggar pembahagi jalan.- Foto PDRM

PETALING JAYA – Seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai pelukis pelan menemui ajalnya setelah motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum terlanggar pembahagi jalan di Kilometer (KM) 19.4 Lebuh Raya Lembah Klang (NKVE), di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Y15ZR sekitar pukul 11.50 malam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di KM 19.4 menghala Utara berhampiran susur keluar Kota Damansara.

“Lelaki berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah di Setapak selepas berjumpa rakannya di Damansara.

“Mangsa berusia 27 tahun dipercayai telah terbabas sendiri dan terlanggar pembahagi jalan. Akibat kejadian tersebut, mangsa yang terjatuh telah disahkan maut di lokasi kejadian,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Fakhrudin, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232 bagi membantu siasatan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI