fbpx

39 individu dicekup jual bunga api, mercun tanpa permit di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mercun dan bunga api yang dirampas semasa serbuan polis di Machang, baru-baru ini.

KOTA BHARU – Polis Kelantan telah merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai lebih RM217,000 sejak tempoh tiga minggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam tempoh itu, ia melibatkan 39 kes termasuk tangkapan membabitkan 25 lelaki dan enam wanita warga tempatan.

Menurutnya, kesemua rampasan pelbagai jenis mercun dan bunga api itu dipercayai untuk jualan sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Bermula 25 Mac sehingga semalam, sebanyak 31 tangkapan telah dilakukan dengan nilai rampasan sebanyak RM217,194.

“Kesemua individu berkenaan ditahan kerana membawa mercun dan bunga api tanpa sebarang permit daripada pihak polis” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, kesemua suspek yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI