fbpx

Lelaki cedera parah lori rempuh kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah lori yang remuk selepas merempuh deretan kedai di Kilometer 16 Jalan Bentong-Raub di Bentong, Pahang semalam.

BENTONG – Seorang pekerja kedai cedera parah selepas sebuah lori muatan batu terbabas dan merempuh deretan kedai di Kilometer 16 Jalan Bentong-Raub di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu berlaku ketika lori berkenaan dalam perjalanan dari Kuari Bentong menghala ke Raub.

“Apabila tiba di lokasi kejadian tiba-tiba tayar hadapan sebelah kiri lori berkenaan telah meletup menyebabkan pemandu lori gagal mengawal kenderaan dan terbabas ke kiri jalan melanggar barisan kedai dan terseret kira-kira 30 meter.

“Akibat kemalangan pemandu lori berusia 31 tahun mengalami kecederaan di bahagian badan dan tangan manakala seorang lelaki warga asing berusia 43 tahun yang bekerja di sebuah kedai mengalami kecederaan parah,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut dan warga asing berkenaan yang turut mengalami pendarahan di bahagian kepala dan hati pecah dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Dalam pada itu katanta kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya, polis meminta kerjasama mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian atau mempunyai rakaman video kejadian agar tampil membantu siasatan.

“Pihak polis juga menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa memandu kenderaan berhati-hati dan berhemah serta memastikan kenderaan dipandu diselenggara dengan sebaiknya dan selamat digunakan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI