fbpx

[VIDEO] Tak sabar nak jumpa anak-anak – Farid Kamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARID KAMIL ketika hadir di mahkamah hari ini. - AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – “Sekejap lagi ada PC (sidang akhbar).”

Demikian kata pelakon Farid Kamil menjawab sapaan wakil media ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah, sekitar pukul 11.45 pagi bagi prosiding sulh, sebentar tadi.

Berbaju kemeja panjang berona biru, Farid, 42, memaklumkan, dia bersyukur dan gembira akan berjumpa dengan dua anaknya tidak lama lagi.

“Saya berasa bersyukur dan gembira kerana saya akan berjumpa dengan anak-anak saya tak lama lagi,” katanya seraya melangkah masuk ke mahkamah.

Rumah tangga pasangan selebriti Farid Kamil dan isterinyq, Diana Danielle memasuki episod baharu apabila bakal menjalani prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah, hari ini.

Perkara tersebut disahkan peguam syarie mewakili Farid iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan.

Pagi ini, lebih kurang 20 pengamal media berkumpul di pekarangan mahkamah seawal pukul 8 pagi tadi untuk membuat liputan.

Sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak yang terbabit dalam suatu pertikaian, membabitkan satu atau lebih tuntutan dengan dipengerusikan oleh pegawai sulh.

Seandainya suatu persetujuan secara damai dapat dicapai secara sukarela antara kedua pihak, ia akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.

Terdahulu pada 10 Mac lalu, Diana, 32, memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu kerana tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei depan bagi kedua-keduanya memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporannya.

Diana melantik pengurus bagi mewakili dirinya, manakala Farid pula melantik kakaknya.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI