fbpx

Beli cecair vape macam beli barang di kedai runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
NOOR HASLIZA NUSI,
WAKIL KOSMO! PULAU PINANG

Keputusan kerajaan menge­cualikan cecair vape yang mengandungi nikotin sebagai bahan terkawal di bawah Akta Racun telah menimbulkan reaksi pelbagai pihak.

Bagi ibu bapa, mereka antara individu paling terkesan kerana bimbang produk vape menjadi bahan mainan atau gajet ‘tersembunyi’ untuk anak-anak remaja.

Bagi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pula, mereka menyifatkan keputusan kerajaan itu sebagai tidak logik.

Pegawai Pendidikannya, N. V. Subbarow berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada ibu bapa dan guru mengenai tindakan anak remaja yang membeli produk vape mengandu­ngi nikotin sejurus kerajaan mengeluarkannya daripada Akta Racun mulai 1 April lalu.

Menurut beliau, lebih membimbangkan apabila statistik terbaharu menyatakan sebanyak 43,019 pelajar sekolah menengah dan 341 pelajar sekolah rendah didapati menghisap rokok.

“Ini tidak baik untuk Malaysia. Sekarang racun itu sudah tidak menjadi racun. Paling menakutkan apabila anak-anak boleh berjalan ke mana-mana kedai vape untuk membeli produk itu.

“Sedangkan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan membeli rokok, tetapi racun yang kini bukan racun di dalam vape terbuka luas untuk kanak-kanak,” katanya.

Jelasnya, tinjauan CAP baru-baru ini turut mendapati ramai anak muda termasuk golongan remaja dan pelajar sekolah kini bebas membeli cecair berasaskan nikotin untuk gajet vape.

“Hasil maklumat yang diperoleh, kebanyakan pelanggan sangat takut untuk masuk ke kedai vape untuk membeli nikotin.

“Bagaimanapun, situasi ber­ubah sejak 1 April lalu apabila mereka bebas memasuki kedai-kedai vape. Terdapat banyak kedai vape di Pulau Pinang dan si­tuasi ini amat membimbangkan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat individu yang tidak berpuas hati dengan duti eksais, namun ia tidak menghalang mereka daripada membeli jus ­cecair nikotin.

“Selain itu, pengguna vape dalam kalangan pelajar mampu membeli cecair vape daripada rakan dan ahli keluarga.

“Malah, dua buah kedai vape turut mengaku perniagaan mereka tidak terkesan dengan duti eksais sebaliknya meningkatkan jualan vape terutamanya dalam kalangan gadis muda,” katanya.

Subbarow menambah, de­ngan mengenakan cukai baharu nikotin, kerajaan secara tidak langsung menjadikan industri tembakau lebih untung, manakala golongan remaja yang ketagih vape dan e-rokok menjadi golongan yang semakin rugi.

“CAP meminta kerajaan negeri yang mengisytiharkan vape sebagai haram untuk tidak membenarkan kanak-kanak menggunakannya. CAP juga mengucapkan tahniah atas keputusan kerajaan negeri Johor kerana tidak mengikut keputusan Persekutuan.

“Johor tetap dengan keputusannya tidak akan membenarkan penjualan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape seperti yang dikuatkuasakan sejak 2016, walaupun cukai peranti itu telah dikuatkuasakan bermula 1 April lalu.

“Jika kerajaan bertegas bahawa nikotin akan dikenakan cukai, rokok juga mesti dikenakan cukai. CAP menggesa KKM (Kementerian Kesihatan) agar mengambil langkah segera untuk membendung masalah ini,” tambahnya.

Kesimpulannya, sekiranya tiada sebarang penyekatan atau had usia bagi trend pembelian dan penggunaan vape di negara ini, mungkin lebih banyak pusat pemulihan dadah perlu ditubuhkan di negara ini suatu hari nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI