fbpx
Pasukan detektif dan pakar forensik berdiri di sebelah bangunan yang terbakar di Gilgil, utara ibu kota Nairobi semalam. - AFP

16 pelajar maut, asrama sekolah perempuan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAIROBI – Sekurang-kurangnya 16 pelajar maut, manakala 79 lagi cedera selepas sebuah asrama sekolah perempuan terbakar di Kenya, lapor akhbar The Guardian. 

Kebakaran berlaku sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan) di Utumishi Girls Academy di daerah Nakuru, kira-kira 120 kilometer ke utara ibu negara, Nairobi semalam. 

Menteri Pendidikan, Julius Migos Ogamba melaporkan seramai 79 pelajar cedera, namun 71 mangsa dibenarkan keluar daripada hospital. 

“Siasatan sedang dijalankan dan punca kebakaran masih belum dikenal pasti,” kata Ogamba kepada pemberita. 

Kira-kira 220 pelajar perempuan berumur antara 15 hingga 18 tahun sedang tidur di asrama tersebut apabila kebakaran tercetus di tingkat dua bangunan.

Pintu-pintu di tingkat tersebut dilaporkan berkunci, menyebabkan beberapa pelajar maut selepas mereka terpaksa terjun dari tingkap untuk menyelamatkan diri, demikian menurut seorang anggota penyelamat. 

Beberapa mangsa yang terselamat memberitahu bahawa seorang pelajar menyalakan api pada tilam dengan mancis. 

Tujuan di sebalik tindakan pelajar berkenaan tidak dapat dipastikan. 

Pada 2024, seramai 21 kanak-kanak lelaki maut di sebuah sekolah berasrama penuh di tengah Kenya apabila kebakaran melanda asrama mereka, manakala sembilan pelajar perempuan terbunuh dalam kebakaran di sebuah sekolah di Kibera pada 2017. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN