fbpx

Enam tahun saya fikir keperitan tragedi, nasib keluarga lapan remaja – Sam Ke Ting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ke Ting dilepas dan dibebaskan dari sabitan dan hukuman dalam kes basikal lajak yang menyebabkan kematian lapan remaja enam tahun lalu. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Meskipun dilepas dan dibebaskan, jurujual wanita Sam Ke Ting mengakui sentiasa terfikir dan merenung bagaimana kehidupan harian dan masa depan mungkin dinikmati di sisi keluarga yang tersayang membabitkan lapan remaja yang terkorban akibat kemalangan basikal lajak disebabkannya.

Ke Ting, 28, mengakui apa yang dikatakan tidak mencukupi untuk membawa ketenteraman kepada kehidupan keluarga mangsa yang dipercayai berkecamuk dengan pelbagai perasaan yang tidak patut dialami.

“Namun demikian kemalangan tersebut bukanlah disengajakan oleh saya. Saya merasa sangat simpati bagi nasib dan penderitaan anda atas pemergian arwah.

“Kata-kata saya tidak dapat membawa arwah kembali ke pangkuan keluarga, namun demikian saya ingin sampaikan kepada keluarga bahawa saya turut memikul keperitan tragedi itu. Saya dengan suci hati memohon maaf kepada keluarga mangsa walaupun saya tahu dan faham bahawa maaf berat dihulurkan,” katanya.

Terdahulu Mahkamah Rayuan di sini melepas dan membebaskan Ke Ting daripada sabitan dan hukuman dalam kes lajak basikal yang menyebabkan kematian lapan remaja enam tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu dibuat tiga panel hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas membenarkan rayuan akhir Ke Ting, 28, untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkannya atas kesalahan itu.

Dua lagi panel hakim yang turut bersidang ialah hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Hashim Hamzah.

Dalam prosiding hari ini, Ke Ting selaku perayu diwakili peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik manakala pendakwaan selaku responden diwakili
Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI