fbpx

GST bebankan golongan pendapatan rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) disifatkan hanya akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan tidak wajar digunakan bagi menggantikan cukai pendapatan.

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim chee Keong berkata, GST juga tidak sesuai untuk dilaksanakan ketika ini terutama pada fasa pemulihan pasca pandemik.

“Mungkin ada yang kata GST ini ada kebaikannya, tetapi mengikut kajian golongan berpendapatan rendah akan mengalami kos pembayaran cukai lebih tinggi mengikut nisbah pendapatan mereka.

“Jadi cukai ini dah pun melalui dapatan-dapatan, terbukti membebankan golongan pendapatan rendah berbanding golongan berpendapatan tinggi,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Kewangan 2023 di Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas soalan Senator Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang menyatakan kerajaan perlu ada mekanisme terbaik dalam menyelesaikan masalah pungutan cukai.

Justeru, kata beliau, kerajaan sedang meneliti suatu masa yang sesuai dalam tempoh pemulihan pasca pandemik, namun belum lagi mempertimbangkan pelaksanaan GST.

Dalam pada itu, Steven Sim menegaskan, bahawa cukai GST tidak patut disamakan dengan cukai pendapatan.

“Ini kerana cukai GST adalah (dikenakan) kepada pengguna manakala cukai pendapatan merupakan daripada hasil pendapatan yang diterima individu atau syarikat.

“Jadi dua perkara ini berbeza dan tidak boleh digantikan. Tidak ada perbandingan sebegini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI