fbpx

Sebuah PPS dibuka tempatkan mangsa ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEPANG – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pulau Meranti, Dengkil di sini bagi menempatkan mangsa terjejas ribut, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, PPS itu kini menempatkan tujuh mangsa membabitkan satu keluarga.

Beliau berkata, mangsa terpaksa ditempatkan di balai raya itu memandangkan kediaman mereka mengalami kerosakan akibat ribut petang semalam.

“Mangsa menetap di Pangsapuri Angsana, Pulau Meranti namun, terpaksa dipindahkan selepas bumbung kediaman rosak dipukul ribut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, ada beberapa mangsa lain turut terjejas akibat insiden itu namun, mereka kini berlindung di rumah saudara masing-masing.

Dalam kejadian ribut kira-kira pukul 4.30 petang semalam, lebih 20 lokasi di sekitar Kampung Pulau Meranti, Taman Putra Perdana dan Apartment Angsana Bukit Puchong 2 dilandar ribut.

Kejadian itu menyebabkan beberapa infrastruktur awam, masjid, surau, premis perniagaan dan rumah penduduk turut mengalami kerosakan dan khemah peniaga Bazar Ramadan di Taman Putra Perdana, di sini, turut rosak dipukul ribut dan diterbangkan angin.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI