fbpx

Bantuan e-Wallet RM200 bantu mahasiswa terkesan ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyambut baik usaha kerajaan melalui Bantuan e-Wallet RM200 kepada semua mahasiswa yang turut terkesan dengan peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Naib Presiden Siswanya, Muhammad Danial Alimin berkata, usaha kerajaan itu dilihat sebagai satu langkah prihatin dan cakna terhadap nasib rakyat terutama mahasiswa yang tergolong dalam kategori B40.

Menurutnya, banyak manfaat yang diperoleh daripada program yang membantu mahasiswa dalam berbelanja secara norma baharu.

Muhammad Danial.

“Mahasiswa tidak perlu membawa wang secara fizikal untuk membeli sesuatu sebaliknya menggunakan kaedah online (dalam talian) sesuai dengan perkembangan semasa.

“Walaupun jumlah itu tidak besar, GPMS yakin dan percaya buat masa ini sebagai seorang yang bergelar mahasiswa ia amat bermanfaat dan mampu meringankan beban dalam menangani peningkatan kos sara hidup mahasiswa di IPT (institusi pengajian tinggi),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Salam pada itu, beliau memberitahu lagi, GPMS juga berharap pada masa akan datang kerajaan dapat meneruskan program seumpama ini kepada mahasiswa atau dibuka kepada pelajar yang menuntut di Tingkatan 6.

“Namun ia dipermudahkan lagi kaedah penggunaannya seperti boleh digunakan untuk pembelian secara atas talian dan bukan sekadar offline di tempat-tempat tertentu sahaja.

“Selain itu, GPMS juga berharap agar kerajaan dapat meneruskan usaha-usaha seperti ini bagi meringankan beban mahasiswa yang menuntut di IPTA dan IPTS,” tambahnya.

Semalam, media melaporkan kerajaan akan memperluaskan bantuan e-Wallet 2023 kepada semua mahasiswa di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI