fbpx

7 kertas siasatan dibuka, PDRM tubuh ‘task force’ siasat isu 3R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh kertas siasatan dibuka melibatkan isu perkauman, agama dan Institusi Diraja (3R) bagi tempoh 27 Mac sehingga kelmarin.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, terdapat empat kes berkaitan penghinaan terhadap institusi diraja, dua kes melibatkan penghinaan agama serta satu kes membabitkan elemen perkauman.

Tegas beliau, dua individu ditahan membabitkan kes penghinaan terhadap institusi diraja dan perkauman, manakala seorang suspek dalam proses dikesan pihak PDRM.

“Daripada tujuh kertas siasatan dibuka, tiga telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

“Perkara itu selari dengan peruntukan Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan, manakala empat kes lagi masih dalam siasatan pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehungan itu, kata beliau, PDRM telah menubuhkan ‘task force’ untuk siasatan melibatkan isu-isu 3R, pada 22 Mac lalu dan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.

Katanya, Task Force itu berperanan menyiasat kes-kes melibatkan penghinaan terhadap agama, kaum serta institusi diraja.

Noorsiah turut menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya memuat naik gambar, video sensitif dan seumpamanya yang melangkaui aspek 3R.

“Sebarang bentuk penularan berita palsu, berkecenderungan menghasut atau berbaur ugutan yang boleh menyebabkan kegentaran awam melalui platform media sosial akan diambil tindakan undang-undang.

“Mereka boleh disabit kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan 1948 serta kesalahan yang termaktub di bawah Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI