fbpx

Muslim Care Malaysia kutuk serangan Tentera Zionis di Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Muslim Care Malaysia (MCM) mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan oleh Tentera Zionis ke atas kota suci Al-Quds, Palestin.

Presidennya, Zulkifli Wahijan berkata, serangan yang dilakukan oleh Tentera Zionis merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap kesucian masjid Al-Aqsa iaitu masjid ketiga paling suci umat Islam.

“Jelas sekali bahawa Zionis bertanggungjawab terhadap kitaran keganasan melalui kegigihan mereka untuk merosakkan masjid Al-Qibli, menembak peluru getah dan bom tangan mengejut ke arah jemaah Palestin dan mengaibkan serta menangkap mereka semasa bulan suci Ramadan.

“Sangat memalukan bagi semua untuk membiarkan Zionis menikmati sewenang-wenangnya atas jenayah yang dilakukan secara sistematik terhadap rakyat Palestin,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Katanya, pihakya menuntut masyarakat antarabangsa untuk memastikan semua badan bersama dan mengambil tanggungjawab memastikan keselamatan jemaah di dalam masjid Al-Aqsa dan seluruh kota Baitulmaqdis.

Tambahnya, MCM dan rakyat Malaysia memperbaharui sokongan tanpa syarat kepada rakyat Palestin yang sentiasa wujud sepanjang zaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI