fbpx

Geely dan DC-Sciences labur RM32.5 bilion di Malaysia – MOSTI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lih Kang

PUTRAJAYA – Lebih RM32.5 bilion nilai pelaburan berjaya diraih Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) susulan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China, baru-baru ini.

Menteri Sains, Teknologi dan novasi, Chang Lih Kang berkata, pelaburan itu diperolehi menerusi dua syarikat masing-masing syarikat automotif Geely bagi kenderaan elektrik (EV) dan DC-Sciences Co Ltd (DCS), sebuah syarikat berkaitan data.

Beliau berkata, Geely akan melabur kira-kira RM30 bilion manakala, DC-Sciences pula membabitkan nilai pelaburan sebanyak RM2.5 bilion.

“Geely dijangka memanfaatkan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim manakala, DC-Sciences pula dijangka membangunkan pusat data berprestasi tinggi di Sedenak, Johor,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, selain Geely, beliau dimaklumkan dua lagi syarikat pengeluar EV akan datang ke Malaysia Sabtu ini bagi menerokai peluang pelaburan di negara ini.

Menurutnya, syarikat itu adalah China Harmony Auto Holding Ltd dan GAC Aion New Energy Automobile Ltd.

“Buat masa ini, tiada nilai pelaburan diumumkan syarikat itu kerana mereka ingin meneroka peluang perniagaan terlebih dahulu,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI