fbpx

Pemandu lori maut langgar kenderaan ‘misteri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori dipandu mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Karak, menghala Gombak, hari ini. - Ihsan JBPM

GOMBAK – Seorang lelaki berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia selepas parah pada bahagian kepala dan badan selepas lori dipandunya terlibat dalam kemalangan di kilometer 32.6 Lebuh Raya Karak, menghala Gombak, di sini, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kemalangan pada pukul 1 pagi itu berlaku melibatkan lori jenis Isuzu dan sebuah kenderaan yang tidak pasti jenisnya.

Katanya, hasil siasatan kemalangan tersebut dipercayai berlaku semasa lori yang dipandu oleh lelaki tempatan itu dari arah Genting hendak meneruskan perjalanan menghala ke arah Gombak.

“Setibanya di lokasi kejadian, pemandu lori itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar belakang kenderaan tidak pasti jenisnya di lorong paling kiri.

“Namun, kenderaan yang dilanggar itu tidak kelihatan di lokaksi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Ariffin memberitahu, akibat kemalangan tersebut, pemandu lori itu mengalami kecederaan parah lalu meninggal dunia di lokasi kejadiam.

“Mayat mangsa dihantar ke hospital Selayang bagi tujuan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 0176645812 atau 03-61262222,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI