fbpx

Pemecatan Potter memang sudah dijangka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POTTER telah dipecat oleh pengurusan Chelsea selepas tujuh bulan mengendalikan The Blues yang kini terjerumus di kedudukan 11 pada saingan EPL. – AFP

LONDON – Seperti dijangka, Graham Potter akhirnya dipecat sebagai pengurus Chelsea selepas menyaksikan juara Eropah dua kali itu terjerumus ke kedudukan ke-11 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemecatan bekas pengendali Brighton itu disambut baik sebahagian besar penyokong The Blues apabila mereka sekadar mencatat 12 kemenangan dalam 31 perlawanan sejak berada di bawah bimbingan Potter.

Pemilik bersama Chelsea, Todd Boehly dan Behdad Eghbali menjelaskan, mereka memiliki rasa hormat terhadap Potter selain kesal dengan keputusan drastik yang terpaksa diambil demi kebaikan kelab.

“Mewakili semua orang di kelab ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Graham (Potter) atas sumbangan yang diberikan kepada Chelsea. Kami sangat menghormati beliau sebagai seorang jurulatih dan individu.

“Beliau sentiasa menguruskan pelbagai perkara dengan profesional serta integriti. Sudah tentu kami kesal dengan keputusan yang terpaksa dibuat, namun ia perlu bagi menghadapi baki saingan musim ini,” katanya.

Pada masa sama, Chelsea turut mengesahkan, Potter bersetuju untuk bekerjasama bagi memastikan perubahan itu berjalan lancar dengan Bruno Saltor dilantik sebagai pengendali sementara.

Difahamkan, beberapa nama sudah dikaitkan dengan kerusi panas tersebut termasuk Julian Nagelsmann, Zinedine Zidane, Luis Enrique serta Brendan ­Rodgers yang turut dipecat Leicester City. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI