fbpx

PBB terima pakai resolusi Malaysia bersama 6 negara lain – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menerima pakai resolusi bertajuk ‘Promoting Human Rights and Sustainable Development Goals through Transparent, Accountable and Efficient Public Services Delivery’ pada sesi ke-52 Majlis Hak Asasi Manusia (MHAM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, resolusi ini merupakan inisiatif yang dianjurkan oleh Malaysia bersama dengan ahli-ahli kumpulan teras dari pelbagai rantau iaitu Azerbaijan, Georgia, Thailand, Turkiye, Kenya dan Ecuador sejak 2021.

“Ini mempamerkan kesungguhan dan komitment berterusan ahli-ahli kumpulan teras untuk menyumbang kepada agenda global hak asasi manusia melalui tadbir urus yang baik dalam perkhidmatan awam.

“Keperluan untuk menguatkuasakan akauntabiliti untuk tadbir urus yang lebih baik dalam perkhidmatan awam yang memberikan nilai kemampanan, kemakmuran dan kepercayaan dalam sektor organisasi awam,” katanya dalam ciapannya di Twitter di sini hari ini.

Katanya juga, resolusi ini selaras dengan konsep yang dibawa kerajaan perpaduan iaitu ‘Malaysia Madani’ bagi memperkasa penyampaian perkhidmatan awam melalui ketelusan, akauntabiliti dan integriti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI