fbpx
Mayat lelaki yang lemas ketika memancing ditemui di bahagian gigi air lombong Tasik Kiambang, Serendah, Hulu Selangor, petang tadi. - Ihsan JBPM

Lelaki lemas ketika memancing di Tasik Kiambang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Aktiviti memancing di kawasan lombong bertukar tragedi apabila seorang lelaki ditemui lemas di dalam lombong Tasik Kiambang, Serendah, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada bapa mangsa yang menyatakan anaknya telah lemas di lokasi kejadian, sekitar pukul 2.47 petang.

“Setibanya anggota di lokasi kejadian, pihak kami mendapati mangsa yang juga lelaki tempatan dipercayai telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Faizal, siasatan polis mendapati mangsa berusia 26 tahun itu dipercayai menjalankan aktiviti memancing semasa mangsa ditemui dalam keadaan mati lemas oleh bapanya.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, mangsa yang hilang sejak malam semalam itu ditemui di bahagian tepi tasik terbabit.

“Mengikut maklumat keluarga mangsa, dia dikatakan telah hilang sejak malam tadi sebelum mayatnya ditemui petang ini,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN