PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Rantau Kepulauan Filipina pada pukul 8.54 malam tadi.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, gempa 6.3 skala Richter tersebut berlaku di 13.7 darjah Utara dan 125.5 darjah Timur.
“Kejadian gempa itu berlaku di 180 kilometer Timur Laut dari Sorsogon City, Filipina dengan kedalaman 44 km.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE














