fbpx

Berita palsu, Zarina Zainuddin mohon doa panjang umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAPORAN palsu sebuah blog yang menulis tentang berita kematian Zarina Zainuddin.

PETALING JAYA – Dalam kesibukan bekerja menjalani penggambaran drama, pelakon senior Zarina Zainuddin dikejutkan dengan laporan berita sebuah blog mengatakan dirinya meninggal dunia.

Zarina, 52, yang terkejut menerima perkhabaran tersebut justeru meminta jasa baik daripada orang ramai agar mendoakan dirinya dipanjangkan umur.

“Assalamualaikum. Saya tengah ‘shooting’ drama Bukan Puteri Lindungan Bulan untuk Samarinda Ramadan 2023. Pagi ini dapat berita begini.

“Tolong doakan semoga saya panjang umur dan murah rezeki,” tulisnya dalam sebuah hantaran Instagram.

Menerusi perkongsian sama, Zarina memuat naik tangkap layar sebuah hantaran blog yang menulis tajuk memaklumkan dirinya sudah meninggal dunia.

“Innalilahi, khabar duka dari aktres Zarina Zainuddin hari ini telah meninggal dunia,” tulis blog tersebut berserta gambar Zarina dengan surah al-Fatihah.

Perkongsian pelakon itu mengundang simpati ramai pengikut dan rakan pelakon yang berasa sakit hati dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak terlibat dalam menulis dan menyebarkan berita palsu.

“Manusia ni, memang macam ini ya. Dah tak ada kerja lain dah,” tulis pelakon Raja Ilya yang bengang dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak tersebut.

Dalam kesedihan berdepan fitnah sebegitu, apa yang lebih meruntunkan hati Zarina apabila mengenangkan anak kembarnya, Raizal Azrai atau Azal yang kini berada di Singapura.

Azal berada di Compas One, Sengkang Square, Singapura kerana membantu menjaga kedai jualan pulut kuning yang diusahakannya.

“Semoga Azal tabah dan kuat berada di Singapura,” titip Zarina.

Situasi menimpa Zarina adalah perkara sama yang dilalui Sherie Merlis beberapa hari lalu apabila pelakon itu turut menjadi mangsa fitnah sebuah blog tidak bertauliah yang menulis artikel tentang kematiannya.

Sebelum ini juga, Zarina pernah berdepan situasi hampir sama apabila difitnah pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup meletakkan maklumat diri Azal sebagai orang gila dalam Wikipedia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI