fbpx

Pejam celik, dah setahun BinJin kahwin!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HYUN Bin dan So Ye-jin.

PADA 31 Mac lalu, pasangan merpati dua sejoli Son Ye-jin dan Hyun Bin menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka.

Sebagai tanda ingatan, Ye-jin memuat naik InstaStory gambar perkahwinan mereka yang tidak pernah disiar dalam media sosial.

Gambar tersebut menonjolkan dirinya dan suami berseri-seri mengenakan pakaian pengantin serba putih.

Teruja melihat perkongsian aktres itu, peminat meluahkan rasa gembira dan pada masa sama tidak menyangka pantasnya masa berlalu apabila sudah genap setahun mereka berkahwin.

“Saya tidak percaya mereka sudah berkahwin selama setahun. Mereka seolah-olah pasangan yang sempurna.

“Wow! Masa berjalan dengan sangat pantas. Tahniah untuk ulang tahun perkahwinan pertama.

“Ye-jin sangat cantik. Saya rasa baru semalam mereka melaporkan kepada media akan mendirikan rumah tangga,” demikian komen-komen peminat untuk pasangan bahagia itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI