fbpx

Majlis Iftar Anak Kedah sah diadakan di IDCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sanusi

PETALING JAYA – Setelah didakwa tidak mendapat kebenaran bagi menganjurkan program Perhimpunan Anak Kedah di dewan Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, Selangor beberapa hari lalu, kini perhimpunan tersebut dikatakan bakal diadakan bulan ini.

Namun, menerusi perkongsian di laman sosial Facebook Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md. Nor sebentar tadi berkata, program tersebut bakal diadakan di lokasi lain.

Menurut Sanusi, program yang dikenali Majlis Iftar Anak Kedah di Perantauan itu akan diadakan di IDCC, Shah Alam, Selangor pada 9 April nanti.

“Ha tu dia.. jadi ke tak ni? Ini Anak Kedah la paklong, kita buat sampai jadi,” tulis Sanusi.

Terdahulu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tampil menafikan tuduhan Sanusi beberapa hari lalu berkenaan penggunaan dewan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, Selangor.

Mohamad melalui Facebooknya menjelaskan, tuduhan Sanusi yang mendakwa MAEPS sepatutnya dijadikan tapak lokasi Majlis Berbuka Puasa Anak-Anak Kedah Di Perantauan Bersama Menteri Besar pada 9 April depan, ditarik balik adalah tidak benar.

“Pelik juga saya bila MB Kedah kata, kelulusan sewaan dewan telah ditarik balik oleh KPKM sedangkan Pengurusan Dewan MAEPS belum keluarkan apa-apa surat setuju terima, sebut harga pun belum keluar,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI