fbpx

Tak gaduh apa pun. Cuma bincang masalah internet di Kedah – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (kanan) dan Muhammad Sanusi berbincang mengenai masalah internet di Kedah ketika kedua-dua mereka terserempak dalam satu majlis rumah terbuka.

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berseloroh berhubung pertemuan beliau dengan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dalam satu majlis rumah terbuka sebagai ‘Gol dan Gincu jumpa Litar dan Lumba’.

Menurut Fahmi, beliau terserempak dengan Menteri Besar Kedah berkenaan di Rumah Terbuka Kementerian Komunikasi dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Tak gaduh apa pun. Cuma bincang masalah internet di Kedah yang akan diselesaikan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.

“Saya sebut juga isu internet yang sedang cuba diatasi di KKB (Kuala Kubu Baharu). Datuk Seri Sanusi kata “Ha, saya nak guna ni dalam kempen.” Saya jawab “Haha ok je, tapi jangan sampai undang murka Tuanku Sultan”,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini

Fahmi berkata, walaupun terdapat perbezaan politik, namun masalah dihadapi rakyat mesti diselesaikan tanpa mengira perbezaan pendapat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI