fbpx

MSU rai 200 anak yatim sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara anak-anak yatim yang diraikan dalam program MSU Ihya Ramadan 2024.

PETALING JAYA – Management and Science University (MSU) meraikan 200 anak-anak yatim dalam Majlis Iftar dan Penyerahan Zakat Anak-Anak Yatim 2024 yang diadakan di Dewan Canselor, kampus MSU, Shah Alam baru-baru ini.

MSU dalam kenyataan berkata, aktiviti bersempena program MSU Ihya Ramadan 2024 itu bermatlamat untuk menyantuni dan berkongsi rezeki serta tanda keprihatinan MSU terhadap aspek kebajikan dan pembangunan komuniti khususnya 20 buah rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang.

“Majlis berkenaan disempurnakan oleh Presiden MSU, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd. Shukri Ab. Yajid yang turut menyerahkan sumbangan wang zakat dan duit raya dari Yayasan MSU bernilai RM120,000 kepada rumah-rumah kebajikan dan para penghuninya.

“Antara rumah kebajikan terlibat ialah Rumah Kasih Harmoni, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Al-Nasuha, Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Rumah Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad serta Pusat Jagaan Darul Imtinan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, hubungan erat di antara MSU dan rumah-rumah kebajikan itu telah terjalin semenjak tahun 2011 dan terus berkekalan sehingga kini.

“Majlis penyerahan zakat dan duit raya ini adalah acara tradisi MSU dan mencerminkan komitmen universiti berkenaan dalam memenuhi tanggungjawab terhadap komuniti serta menyuburkan budaya bersyukur dan memberi (2G Culture) dalam kalangan warga kampus khasnya dan masyarakat amnya.

“Program MSU Ihya Ramadhan 2024 turut menyaksikan perlaksanaan lebih 200 aktiviti melibatkan warga kampus, komuniti setempat serta komuniti antarabangsa,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI