fbpx

Lelaki maut terperosok bawah Axia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan seorang lelaki dipercayai menunggang motosikal secara melawan arus membawa padah apabila maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Desa Utama, Bandar Country Homes, Rawang, di sini, pagi tadi.

GOMBAK – Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal dipercayai melawan arus membawa padah apabila maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Desa Utama, Bandar Country Homes, Rawang, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Axia dan motosikal jenis Honda Ex5 itu pada pukul 7 pagi, hari ini.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan tersebut dipercayai berlaku semasa kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 68 tahun dalam perjalanan ke arah Sekolah Kebangsaan Taman Desa 1.

“Setibanya di tempat kejadian, pemandu yang berada di lorong kanan jalan secara tiba-tiba didatangi sebuah motosikal yang ditunggang lelaki tempatan berusia 37 tahun di hadapannya.

“Motosikal yang melawan arus dari arah hadapan itu telah melanggar bahagian hadapan kanan kereta Axia tersebut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Zainal, kemalangan tersebut menyebabkan penunggang motosikal tercampak manakala kereta telah hilang kawalan dan terbabas ke pembahagi tengah jalan.

Tambah beliau, penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) APJ 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812 atau IPD Gombak di talian 03-61262222.,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI