fbpx

Empat lelaki larikan 113 guni makanan ayam diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA daripada empat suspek yang terlibat dengan kejadian mencuri 113 guni makanan ayam di Kampung Chokoh, Serkat, Pontian, Jumaat lalu.

PONTIAN – Polis menahan empat lelaki yang disyaki terlibat kejadian mencuri 113 guni yang mengandungi makanan ayam dengan menggunakan sebuah lori di Kampung Chokoh, Serkat di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, anggota Polis dari Balai Polis Permas telah menerima aduan dari pengandu pada pukul 4.33 petang, berhubung kejadian terbabit.

Katanya, pengadu memaklumkan guni-guni makanan ayamnya telah dilarikan oleh tiga lelaki yang tidak dikenali yang menggunakan sebuah lori dengan nombor pendaftaran JGW6617.

“Bertindak di atas maklumat tersebut, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Pontian telah menahan dua suspek pada 1 Mac kira-kira pukul 4.30 petang bersama lori yang digunakan.

“Kedua-dua suspek kemudiannya telah dibawa ke IPD Pontian bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, hasil siasatan lanjut, seorang suspek warga tempatan mengaku telah membeli makanan ayam daripada seorang lelaki warganegara asing dengan harga RM30 seguni manakala seorang lagi suspek mengaku hanya menyewakan lori.

Menurutnya, kedua-dua mereka tidak mengetahui bahawa makanan ayam tersebut adalah barang curi dan mereka menafikan melakukan perbuatan sedemikian.

Jelas Mohammad Shofee, seterusnya berdasarkan maklumat yang diperolehi, dua lagi suspek berjaya ditahan antara pukul 1.30 pagi hingga 3 pagi hari ini di kawasan Batu Pahat, Johor.

“Hasil siasatan juga mendapati seorang suspek lelaki warga tempatan mengaku telah diupah untuk membawa lori ke Kampung Chokoh, Serkat bagi mengambil 113 guni makanan ayam. Kes disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan” jelasnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI